Your Ads Here
>
Walaupun masih berbaki lebih kurang 10 bulan, khabar angin mengenai Apple iPhone 6 sudah mula kedengaran dan hampir banyak maklumat mengenai model iPhone yang akan dilancarkan tahun hadapan ini diketahui. Dengan beberapa maklumat ini kami cuba memberikan anda apa yang akan membezakan iPhone 6 ini dengan model iPhone 5S yang dilancarkan tahun ini. Teruskan membaca!
Skrin paparan
Reka Bentuk dan Komponen
Kamera
Skrin paparan
- Tahun lalu, Apple telah memberikan iPhone 5 dengan skrin paparan 4-inci namun saiz ini dilihat masih ketinggalan dibelakang pencabar terdekat seperti Samsung, LG, HTC, dan Nokia yang melancarkan generasi baru model mereka dengan skrin paparan yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Walaubagaimanapun, Apple tidak pernah merasa tergugat dengan tindakan syarikat lain namun tahun 2014 dilihat tahun Apple akan melancarkan skrin paparan yang lebih besar. Kami menjangkakan Apple akan memperkenalkan iPhone dengan skrin paparan sekurang-kurangnya bersaiz 4.5-inci dengan khabar angina terbaru mengatakan bahawa iPhone 6 akan hadir dengan skrin paparan 4.8-inci.
- Seperti iPhone 5, iPhone 5s masih mengekalkan skrin paparan Retina bersaiz 4-inci dengan resolusi 640 X 1136 piksel yang mempunyai kepadatan piksel 326ppi. Selain itu, skrin paparan iPhone 5s ini juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla.
Reka Bentuk dan Komponen
- Apple dijangka akan mengekalkan penggunaan rangka aluminium pada peranti iPhone 6 mereka. Selain itu, iPhone 6 akan mempunyai reka bentuk yang lebih nipis dan panel skrin paparan yang lebih kecil sama seperti yang digunakan pada iPad Mini.
- Seperti kebiaasanya, model iPhone dengan siri ‘S’ akan tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya dan Apple iPhone 5S juga ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu dan direka berasakan aluminium berkualiti tinggi. Rekaan iPhone 5S ini adalah sama seperti iPhone 5 namun diberikan tambahan warna baru.
Kamera
- 12MP iSight : Apple harus bertindak dengan memberikan kualiti kamera yang lebih baik jika ingin mengekalkan dominasi pasaran telefon pintar dunia. Apple dijangka tampil dengan kamera 12MP iSight bagi iPhone 6 dan hampir pasti memberikan persaingan sengit kepada telefon pintar lain kelak.
- 8MP iSight : Walaupun iPhone 5S menggunakan kamera 8MP yang terdapat pada iPhone 5, ianya telah diberikan beberapa penambahbaikan. Kamera iPhone 5S ini mempunyai f/2.2 aperture yang lebih lebar sekaligus memberikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang malap. Selain itu, aplikasi kamera pada iPhone 5S akan mengambil beberapa gambar serentak dan akan memilih gambar terbaik. Peranti terbaru Apple ini juga dilengkapi dengan dua lampu flash LED.
- iOS 8: Selepas pelancaran iOS 7 bersama-sama Apple iPhone 5s dan iPhone 5c, Apple mengesahkan bahawa iOS 7 telah dimuat turun oleh lebih 200 juta unit peranti Apple didalam masa beberapa hari sahaja. iOS 8 dijangka hanya akan dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan dan beberapa ciri-ciri terbaru.
- iOS 7: iOS 7 telah menyaksikan Apple telah melakukan perubahan paling drastik yang pada sistem operasi mereka sejak iOS 1. Disebabkan perkara ini , Apple dengan beraniya telah mengeluarkan kenyataan bahawa iOS 7 merupakan kemaskini iOS yang terbaik didalam sejarah sistem operasi ini. Selain menyokong peranti dengan spesifikasi terbaik, iOS 7 juga memberikan pengguna lebih banyak kebebasan didalam UI yang hadir dengan menu yang lebih ringkas, rekaan yang lebih rata selain penggunaan warna yang lebih terang merupakan antara perubahan pada iOS 7.
Harga pasti menjadi aspek kritikal yang akan menentukan penjualan iPhone 6 dan kami menjangkakan Apple pasti akan mengekalkan harga asas RM 2399 yang sama seperti iPhone 5s.
Apple iPhone 5S yang merupakan model premium Apple sudah mula dijual pada harga yang bermula daripada RM 2399 bagi versi 16GB. Ini adalah sedikit peningkatan berbanding iPhone 5 yang mula dijual pada harga RM 2199 ketika mula-mula diperkenalkan di sini. Ketahui 7 Ciri Baru Pada Apple iPhone 5S, Untuk informasi selengkapnya anda bisa simak disini.


